INI DIA PENYEBAB KULIT BERMINYAK DAN 8 RAWATAN MUDAH ATASINYA

Share This Post

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter

Kita sedia maklum kulit merupakan organ terbesar manusia. Kulit bertugas untuk memproduksi minyak dimana minyak tersebut berfungsi sebagai pelindung kulit dari bahaya debu-debu dari luar dan juga pencemaran dalam udara yang akan masuk ke dalam pori-pori kulit.

Selain itu minyak pada kulit juga sebagai cairan yang mampu menjaga keremajaan kulit dan menjadikan kulit lebih kenyal. Ha, bagus minyak ni. Tapi jangan terlebih lebih pulak. Masalah jawabnya..

APAKAH ITU KULIT BERMINYAK

Kulit berminyak terjadi apabila terdapatnya kelebihan pengeluaran sebum dari kelenjar sebum. Sebum merupakan bahan berminyak yang diperbuat daripada lemak yang boleh menyebabkan kulit berminyak.

Minyak yang berlebihan pada wajah membuatkan seseorang merasa kurang berkeyakinan terutamanya apabila berada di khalayak ramai. Ini kerana wajah akan terlihat kusam dan berkilat.

Wajah yang berminyak juga akan memerangkap udara di sekitar dan mengendapkan debu dan elemen-elemen pencemaran di wajah. Akibatnya pori wajah tertutup dan timbullah jerawat. Sejarah penubuhan jerawat nih. Hihihi..

Next kita tengok pula apa yang menyebabkan kulit berminyak ni.

5 PENYEBAB KULIT BERMINYAK, POINT NO. 4 PENTING UNTUK KORANG TAU

Makanan yang Berlemak

Kita tahu bahawa makanan yang mengandungi banyak lemak tidak baik dikonsumsi oleh manusia kerana akan adanya penimbunan lemak dan menimbulkan penyakit. Sebagai contoh makanan bergoreng, makanan yang mengandungi susu, juga makanan olahan dengan kadar gula yang tinggi.

2. Hormon tidak Seimbang

Minyak berlebihan pada wajah adalah salah satu tanda seseorang anak sudah mulai memasuki fasa puberitas. Seorang remaja harus beradaptasi dengan hal-hal baru yang terjadi pada dirinya.

Pada orang dewasa khususnya wanita, mereka akan memproduksi banyak minyak saat haid samada pada kulit wajah mahupun di kepala. Maka dari itu kegiatan yang kita lakukan adalah sebaiknya dikontrol dengan baik. Pengambilan makanan yang seimbang dengan kegiatan yang kita lakukan boleh mengurangi jumlah minyak yang keluar dari tubuh kita

3. Salah Pilih Produk Kecantikan

Ha, ini merupakan masalah besar. Remaja perempuan terutamanya, mereka berani menjinakkan diri dengan memakai peralatan kosmetik sebab nak menaikkan penampilan mereka. Dan itu tidak dipersalahkan. Normal la kan.. sape tak nak cantik.

Namun ada juga yang terlalu obsess untuk kelihatan cantik dalam masa yang singkat dengan menggunakan alatan kosmetik yang terbuat dari bahan kimia terlarang. Hal itu dapat memproduksi minyak berlebihan, iritasi dan membuat wajah lebih sensitif terutamanya apabila wajah tidak menerima bahan-bahan kimia tersebut.

Sebaiknya dilakukan sedikit percubaan di bahagian tangan sebelum memutuskan untuk memakai satu-satu produk kosmetik. Hindari juga produk yang terlalu berat agar kulit dapat bernafas secara efektif dan mengurangi produksi minyak berlebihan

4. Terlalu Kerap Mencuci Muka

Jangan tersilap ya. Ini adalah mitos.. Mencuci muka secara berlebihan dengan tujuan membuang semua minyak di wajah adalah salah.

Ini kerana apabila kekurangan minyak di kulit, kelenjar sebum akan bertukar kepada mode kecemasan dan akan merembeskan minyak yang lebih banyak. Jadi berpada-pada mencuci muka iaitu hanya dua kali sehari

5. Keturunan

Orang tua tidak hanya mewariskan harta kepada anaknya tetapi juga mewariskan sebahagian sifat genetiknya. Ini adalah pasti ok.. Tidak mustahil orang tua atau keturunan yang memiliki genetik memproduksi minyak berlebihan dan akan turun kepada anaknya juga. Hal ini tidak dapat dicegah, tetapi boleh diatasi.

SEKIRANYA TIDAK DIBENDUNG?

Ada sesetengah orang memandang remeh berkenaan penjagaan kulit, kulit berminyak dan sebagainya. Macam tak kisah je kulit nak jadi apa pun. Kan..

Sekiranya tak dibendung masalah minyak berlebihan ni, apa yang terjadi ialah :
** penampilan yang berkilat atau berminyak
** kusam dan tidak menarik
** pori-pori yang sangat besar atau jelas pada kulit
** kulit kelihatan tebal atau kasar
** jerawat sekali-sekala atau berterusan
** liang tersumbat
** susah nak mencari alat solek yang sesuai

8 RESIPI NAK ATASI MASALAH KULIT BERMINYAK

Cuci muka anda
Nampak jelas, tetapi ramai orang dengan kulit berminyak tidak mencuci wajah mereka setiap hari. Jika kulit anda berminyak, anda harus mencuci wajah anda dua kali sehari. Tetapi jangan keterlaluan. Elakkan daripada sabun kasar atau detergen. Gunakan sabun lembut seperti sabun gliserin.

Gunakan kertas minyak selalu
Kertas-kertas yang kecil dan nipis ini tidak akan menghalang kelenjar sebum anda bekerja berlebihan, tetapi ia akan membolehkan anda menghapuskan minyak yang berlebihan dari wajah dan mengurangkan kulit berkilat dan berminyak. Kertas minyak ni murah dan senang didapati di kaunter. Sangat mudah dan sangat diperlukan sepanjang hari.

Madu
Madu adalah salah satu ubat kulit yang paling mujarab dalam alam semula jadi. Ianya sangat berkebolehan sebagai antibakteria dan antiseptik. Madu juga memberi manfaat maksimum kepada kulit berminyak dengan cara menarik kelembapan dari kulit dan mengekalkannya. Cara mudah ialah dengan menyapu selapisan madu mentah terus ke muka, biarkan kering selama 10 minit, dan bilas dengan air suam

Susu
Sifat menyembuh yang ada pada susu sangat baik untuk kulit berminyak. Rendamkan kapas ke dalam susu dan bersihkan wajah anda dengan kapas tersebut dua kali sehari. Anda juga boleh tambahkan sedikit lemon ke dalam susu untuk efek lebih cerah pada kulit anda

‘Clay’
Rawatan ‘Clay’ sangat membantu dalam penyembuhan dan menyerap minyak kulit dalam pelbagai keadaan kulit. ‘Green Clay’ sangat popular untuk kulit berminyak dan jerawat kerana ia sangat menyerap. Jadi, boleh lah guna untuk tujuan ni. Terdapat juga dalam tekstur serbuk. Boleh dibancuh dengan air bertapis, disapu sebagai mask muka dan dibiarkan sehingga kering.

Oatmeal
Oatmeal membantu menenangkan kulit yang meradang dan dapat menyerap minyak yang berlebihan. Ia juga membantu mengatasi kulit mati. Boleh digunakan sebagai topeng muka, dengan menggabungkannya dengan yogurt, madu atau buah-buahan seperti pisang, epal, atau betik. Caranya :
** Campurkan 1/2 cawan oat dengan air panas untuk membentuk pes.
** Kacau bersama 1 sudu madu.
** Urut campuran oat ke wajah anda selama kira-kira tiga minit; bilas dengan air suam, dan pat kering.

Telur putih dan lemon
Putih telur dan lemon adalah ubat untuk kulit berminyak. Kedua-dua ramuan itu dipertimbangkan untuk mengetatkan liang-liang. Asid dalam lemon dan buah sitrus lain boleh membantu menyerap minyak. Menurut kajian tahun 2008, lemon juga mempunyai kebolehan antibakteria. Walau bagaimanapun, ubat ini bukanlah pilihan yang baik untuk orang yang mempunyai alahan telur.

Untuk membuat topeng muka telur putih dan lemon:
** Campurkan 1 putih telur dengan 1 sudu teh jus lemon yang baru dimasak.
** Sapukan pada wajah anda, dan biarkan ia sehingga topeng kering.
** Cuci dengan air suam, dan lap kering.

Lidah buaya
Merupakan bahan semulajadi yang terbaik untuk kulit berminyak. Caranya dengan dijadikan dijadikan masker. Hanya perlu ekstrak lidah buaya dari kulitnya dan dikisar. Sapu pada muka dan bilas sehingga bersih. Lakukan dua kali sehari bagi mendapatkan kulit lembap tanpa minyak

( Sumber dari Healthline.com )

Jika tiada masa untuk cari bahan dan buat sendiri di rumah, boleh cari produk-produk kecantikan yang dibuat dari sumber semulajadi dan diyakini penghasilannya.

Seperti contoh produk dari keluaran Haus Cosmetics di mana bahan mentahnya 100% adalah bahan semulajadi Premium.

Info lanjut di Sini

Nak tahu cara mudah atasi kulit berminyak? Jom Su bantu, klik SINI untuk info lanjut.

NAK EBOOK RAHSIA WAJAH KEKAL MUDA SECARA PERCUMA?

Umur Dah 40, Tapi Kulit Wajah Macam Anak Dara Remaja

ARTIKEL LAIN

Masukkan Nama, Email & No Phone Anda Di bawah