MOISTURIZER 1 KUNCI KEPADA KULIT GLOWING!

moisturizer

Share This Post

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter

APA ITU PELEMBAP?

Haiiiii semua..you all biasa pakai moisturizer tak? Ala…orang Melayu panggil pelembap. Kalau tak pakai, maknanya you all tak sayang kulit you all tauuu.

Meh saya nak cerita sikit. Moisturizer tu losyen atau krim yang digunakan untuk mencegah sekaligus mengatasi kulit kering. Selain tu ia digunakan untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit. Tak kira kulit kita jenis macam mana. Oily, dry, combination atau normal. Dehydrated skin lagi la sangat-sangat perlukan pelembap dan hydration yang cukup. Its a KEY!

“Your skin absolutely needs moisturizer” – Mona Gohara, dermatologist di Yale University, USA

Kulit muka kita sangat-sangat perlukan pelembab. Hydration is key for everything. Even if you dah apply hydrating lotion atau toner atau serum pun, you need a moisturizer to seal or lock in hydration & benefits of that products to your skin. Tengok betapa besar peranannya pada kecantikan kulit kita kan?

APA AKAN TERJADI JIKA KULIT TAK CUKUP HYDRATION & TAK CUKUP LEMBAP?

Pernah tak terfikir, kalau kulit kita tak cukup kelembapan apa akan terjadi kepada kulit kita? Apa yang kulit kita akan hadapi bila kekurangan lembapan yang menjadi kunci kepada kulit sihat dan bersinar.

In this case, your skin will losing hydration, skin barrier will damage, skin irritation will occur, flaky skin, tight skin, dry patches, & skin juga akan produce more oil. Kenapa? sebab your skin already losing its hydration and its produce more oil sebum in order to protect itself, skin elasticity also will decrease, muka nampak kusam, wrinkles & fine lines pun akan cepat nampak & kulit tak anjal. Lepas tu jangan tanye kenapa muka kusamlah, why my face nampak tua dari usialah, keringlah….Why itu..why ini..tapi pelembap tak nak pakai atau salah pakai. Aduhaiiiii…

Bagi orang tak suka pakai pelembap, sebenarnya you boleh pakai any hydrating toner, essence, hydrating serum atau emulsions as long as it seals the hydration enough to your skin, so should be no problem. Buatlah 7 layer method ke. Tu pon kalau you rajin. Kalau tak? Pakai je lah pelembap. For me it is important for all skin types. So hydrate, hydrate & hydrate!

Namun sayangnya, pelembab ni dianggap kurang penting berbanding dengan skincare lain yang memiliki lebih banyak kegunaan seperti mencegah penuaan atau mencerahkan wajah.

Satu fakta penting yang perlu diketahui, penggunaan skincare yang lain mungkin akan menjadi sia-sia jika anda tidak menggunakan pelembab. Berikut adalah beberapa efek yang akan terjadi jika kita tidak menggunakan pelembab:

1.Kedutan lebih cepat muncul.
2.Kedutan wajah yang muncul semakin jelas kelihatan
3.Kulit akan kelihatan kusam dan mudah mengelupas.
4.Jerawat dan tiny bump di wajah menjadi semakin parah.
5.Kulit tidak dilindungi, kulit yang kering lebih mudah terkena alergi dan gatal-gatal.
6.Lebih sulit untuk mengaplikasikan make up.

Pernah tak you all alami kulit kering melampau sampai habis mengelupas? Sapu foundation memang tak akan smooth. Sangat berbeza keadaanya kalau kulit kita cukup kelembapan. Kulit yang cukup lembap, bila bangun tidur rasa best sangat-sangat. Kulit memang tak rasa berminyak langsung. Akan rasa lembap dan lembut jer. Bila pegang kulit sendiri hati rasa berbunga-bunga. Tengok cermin nampak skin glowing jerrr walaupun tak pakai apa-apa.

So you olls rasa pelembap ni penting atau tidak?
Sesiapa yang kulit jenis dry, dehydrated tu fokus pada moisture and hydrate. You can see the progress on your skin soon. Kalau you all nak baca betapa pentingnya menggunakan pelembap setiap hari, boleh baca di sini

Kulit kering dan mengelupas satu petanda kulit kekurangan lembapan

JENIS PELEMBAP MENGIKUT JENIS KULIT

Nak pilih dan pakai pelembap ni pun kena ada ilmu. At least ilmu-ilmu yang basic. Kalau salah pakai, sebab tu you akan rasa rimas, melekit, berminyak dan akhirnya tak nak dah pakai pelembap. Rasa bila pakai pelembap kulit jadi makin teruk. Padahal you yang salah! Aishhhhh…

Satu fakta yang semua orang kena tahu, pelembap bukan untuk orang yang berkulit kering je, kulit berminyak pun kena pakai. Kalau tak pakai, yang kulit kering akan jadi makin kering, yang kulit berminyak akan jadi makin berminyak! Ya..ini adalah fakta.

Dari kita habiskan duit beli macam-macam produk macam serum atau day/night cream tapi masalah utama still tak settle, better kita focus on basic skincare routine dulu. Choose a good product for basic routine dulu. Salah satu item dalam Basic Skincare Routine adalah pelembap. Kalau setiap produk in your basic routine tu is a good product & suits your skin, it will works wonder even guna benda basic jer. Remember, tanpa basic skincare routine yang kukuh you pakai apa jenis skin booster pun mungkin tak jalan. Very sad kan? 

Kenapa tak boleh skip moisturizer walaupun skin you sejenis kulit berminyak? Kulit jadi berminyak kaw kaw sebab dasar kulit tu kering. Bila kering, kulit produce lagi banyak minyak untuk cover balik dryness tu. So, jadilah excess oil bersepah kat muka.

Boleh klik di sini untuk tahu sebab musabab kenapa kulit nampak lebih berminyak lepas pakai moisturizer.

TIPS PILIH MOISTURIZER

Pemilihan pelembap yang tepat sangat penting mengikut jenis kulit

Kulit kering : Cari thick moisturizer. Texture yang jenis cream.

Kulit berminyak : Cari water-based moisturizer. Texture yang jenis gel.

Kulit kombinasi : Cari lightweight moisturizer. Texture yang jenis lotion

Kulit normal : Cari jenis lightweight, water-based type, tak berminyak

Boleh rujuk sini untuk info lebih lanjut.

QUICK_TIPS :

Always apply moisturizer whenever your skin have contact with water. Tak kisahlah sebab nak cuci muka ke, saja nak basahkan muka ke. Contohnya setiap kali selepas ambik wuduk, kita pakailah moisturizer. AIR BOLEH MENGERINGKAN KULIT KITA! Ini fakta benar yang ramai orang tak tahu. Bila kulit rasa berminyak sikit, cuci berkali-kali. Lama-lama apa akan jadi? Ok..mari saya jelaskan.

Top layer of our skin is oil-based. So bila kita cuci muka dengan air, kita cuci natural oil tu sekali. So, end up muka jadi keringlah sebab lapisan natural oil tadi dah takde. Dry skin will become drier since kulit jenis ni dah memang lack of oil. Oily skin will become oilier since kulit akan produce more oil untuk gantikan natural oil yang hilang. Boleh paham tak apa saya cerita ni? Sebab tu jangan cuci muka sampai 10 kali sehari! kondisi kulit akan jadi lebih teruk. Sebab tu jugalah kena pakai pelembap.

Pelembap ni adalah item paling asas untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik. Glowing ala-ala kulit artis Korea. Cuba tengok kulit orang Korea, tak pakai mekap tebal pun nampak bercahaya kan? Cara yang paling berkesan untuk melembabkan kulit adalah dengan menggunakan moisturizer yang mengandungi #occlusive#humectants#emollient atau pun #ceramides.

1. Occlusive (menghalang air dari tersejat dari kulit)
➡ Contoh : dimethicone, petrolatum, lanolin, mineral oil, olive oil, jojoba oil, evening primrose oil, basically any oils

2. Humectant (menarik kelembapan/air ke sel kulit)
➡ Contoh : glycerin, sodium hyaluronate/hyaluronic acid, urea, AHA, propylene glycol

3. Emollient (meningkatkan kadar air pada epidermis, melembutkan kulit, soothing)
➡ Contoh : shea butter, cocoa butter, lecithin, linoleic acid, fatty acids, oleic acid

4. Ceramide (struktur lipid yang dihasilkan oleh skin cells yang berfungsi sebagai pelindung kulit dari kekeringan)

Selain dari ingredients yang kat atas ni, a good moisturizer should be formulated with #antioxidant ingredients contohnya ➡ green tea extract, vitamin C, resveratrol, ferulic acid dan lain-lain. Lagi bagus kalau produk tu mengandungi humectant and also occlusive or emollient ingredient supaya kelembapan yang ditarik tadi kekal pada lapisan kulit.

Moisturizer atau pelembap ni adalah satu item yang wajib di pakai secara konsisten. Moisturizer memang kunci kepada kulit yang glowing. Semua orang tak kira jantina dan walau di mana mereka berada. Moisturizer yang bagus akan menjadi benteng kepada kulit. Nak kulit yang sihat, glowing semualajadi, awet muda, takde / kurang masalah maka jangan skip pakai moisturizer yer.

MOISTURIZER APA YANG SAYA BOLEH SARANKAN?

You all nak tahu tak, dalam HAUS ada moisturizer yang boleh membantu kulit you all jadi glowing! Ada 2 jenis moisturizer yang sangat best dalam HAUS. Blood Orange Brightening Gel Moisturizer & Blood Orange Brightening Cream Moisturizer. Kedua-dua pelembap ni diformulasi khusus mengikut jenis kulit. Yang paling best, Gel Moisturizer ni mampu membunuh kuman / bakteria jerawat yang aktif, anti aging dan kedutan, kawal pengeluaran sebum dan mencerahkan kulit. Gel Moisturizer ni lebih sesuai untuk mereka yang berkulit berminyak dan berjerawat. Cream Moisturizer pula lebih sesuai untuk kulit kering dan dehydrated. Fungsinya lebih kepada melembap dan melembutkan kulit, menghilangkan kedutan, menganjalkan dan meningkatkan kolagen dalam kulit.

Blood Orange Brightening Cream Moisturizer by HAUSSKIN
Blood Orange Brightening Gel Moisturizer by HAUSSKIN

Nak tahu lebih lagi tentang HAUS? Dalam produk HAUS ni ada bahan yang sangat power iaitu Blood Orange. Ada teknologi terkini dan macam-macam lagi yang menarik. Jangan buang masa, jom terus klik jer sini

NAK EBOOK RAHSIA WAJAH KEKAL MUDA SECARA PERCUMA?

Umur Dah 40, Tapi Kulit Wajah Macam Anak Dara Remaja

ARTIKEL LAIN

Masukkan Nama, Email & No Phone Anda Di bawah