Covid-19: Bekerja Dari Rumah, Ini 5 Tip Tetap Gorgeous

Share This Post

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter

Bekerja dari rumah ada kala buat CikYam sampai lupa hari, lupa tarikh. Sebab apa? Yelah, bekerja dari rumah kan tak gi office. Siapkan konten untuk website dan majalah seperti biasa tapi segalanya hanya dari rumah. Semuanya disebabkan wabak Covid-19 yang menyebabkan kerajaan mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pun begitu, nak dapat mood untuk buat kerja di rumah bukanlah semudah ABC. CikYam terpaksa bermekap macam biasa untuk tampil segar membawa title wartawan dan isteri sekali gus.

Kenapa kena mekap? Banyak yang CikYam baca kat facebook, ada yang mengatakan suami diorang kata awak buang tabiat ke mekap-mekap kat rumah? Sedih, kan? Kadang suami ni tak faham. Isteri nak mekap sebab nak tampil cantik di depan suami. Tambahan pulak kalau yang dah terbiasa kerja macam CikYam ni. Bermekap adalah salah satu cara nak naikkan mood untuk buat kerja. Sebab itulah, walaupun bekerja dari rumah, CikYam tetap bermekap secara minimalis. Kemon la gais, bukan nak mekap macam pengantin.

So, tujuan artikel ni CikYam tulis adalah untuk menyarankan surirumah ataupun wanita yang bekerja untuk sama-sama kita jaga kulit muka dan tampil cantik di rumah. CikYam kongsikan 5 tip mudah untuk isteri tampil cantik walau terkurung dek PKP. Jangan pulak dari siang sampai malam wajah kusam, berbaju kelawar 24 jam dengan kulit muka tak ceria ya.

KENAPA ISTERI KENA CANTIK WALAU BEKERJA DARI RUMAH?

Ginilah rupa bekerja dari rumah. Tetap mekap simple-simple asalkan tak pucat dan kusam.

CikYam akui walaupun bekerja sebagai media yang orang anggap glamor sebab berurusan dengan artis, CikYam taklah mekap heavy macam diorang. CikYam mekap natural dan simple saja. Senang cakap, CikYam mekap untuk kelihatan segar. Tak adalah sampai ber’eye shadow smokey dan shading parang macam Che Ta nak keluar TV. CikYam tak suka tukar atau sorokkan identiti. Tak kisahlah macam mana pun rupa kita, yang penting kita yakin dengan diri kita yang sebenar. Bak kata HAUS #confidenceisperfection.

CikYam suka dengar bila suami CikYam yang selalu CikYam gelar sebagai Mr Mama kat status facebook CikYam ni puji CikYam tetap nampak segar walau duduk di rumah. Haisyhhh, mood membuak-buak nak buat kerja. Hahahaha. Barulah CikYam sedar bahawa sebenarnya orang lelaki yang jenis memahami ni lebih suka isteri tetap tampil cantik dan bersiap. CikYam ni bukanlah perempuan cantik pun. Badan gemuk 100 kilogram. Jadi, boleh tak bayangkan kalau CikYam yang gemuk ni, lepas tu tak bersiap. Rambut mengerbang macam hantu dalam hutan, suami memandang hampir pengsan. Eh, tengah menyanyi ke tu? Hahahahaha.

So, bagi CikYam, seorang isteri sangat disarankan supaya menjaga penampilan di hadapan suami. Malah, jika belum berkahwin pun, penampilan yang cantik ni penting untuk menaikkan semangat buat kerja rutin di rumah. Aura positif mudah dekat dengan diri kita bila kita sentiasa jaga penampilan.

TETAP MEKAP WALAU BEKERJA DARI RUMAH

Ramai individu sekarang bekerja dari rumah. CikYam adalah salah seorang daripada kelompok ini. Alhamdulillah setakat ni gaji masih dapat full. Cuma elaun dipotong separuh. Untuk bulan ni, masih belum tahu lagi status macam mana. Omaigod. CikYam seram sebenarnya memikirkan masa depan dalam kerjaya ni. Tapi takpe, positif je. Jomlah mekap biar mood kekal cunz. Kita kekalkan status isteri cantik dan segar buat kerja dari rumah.

Sepanjang bekerja dari rumah ni, memang banyak cabarannya. Kalau dulu nak siap enam konten sehari tu sapsapsoi je. Sekarang agak mencabar sebab kena berdepan dengan anak CikYam yang dua orang ni. Mereka ni menagih perhatian dan kasih sayang. Semua kanak-kanak memang macam tu kan? Selain itu, cabaran dari segi masa juga boleh buat pening. Di office, CikYam buat kerja tanpa gangguan. Tapi di rumah, nak kena masak, layan anak. Isyhhh walaupun kena buat semua tu, CikYam tetap bersiap. Lipstik tak pernah pudar di bibir tau.

CikYam akan bangun tidur macam biasa. Mandi, bersiap dan buat sarapan. Lepas tu, bila anak-anak bangun, suami yang akan siapkan anak. Bila bos panggil video meeting tetiba, terus sauk je tudung. Tadaaaaaa ready dah nak meeting. Senang, kan?

Tengok la hasilnya bila pakai lipmatte. Kod Haza. Terus orang tegur bibir cantik, kan?

5 TIP TAMPIL CANTIK BEKERJA DARI RUMAH

1. PERSEDIAAN KULIT WAJAH

Apa yang CikYam perlukan adalah pencuci, serum dan pelembap. Cukup tiga produk ini saja untuk kulit wajah bersedia tampil cantik. Tak sampai 10 minit pun. Simple je kan? Inilah yang CikYam tiap-tiap pagi. CikYam pakai cream moisturiser sebab kulit CikYam jenis kering.

Set skincare.

CikYam pakai Scrub Cleanser Haus. Tapi sekarang sejak PKP, CikYam tukar pakai Super Sensitive Beauty Soap. Yang bawah ni.

Sabun ni memang sangat best.

2. SAPU SUNSCREEN

Inilah dia pelindung UVA dan UVB yang CikYam pakai.

Walaupun duduk di rumah, tapi CikYam tetap pakai bedak asas (foundation). Ini sebabnya foundation yang CikYam pakai ni ada SPF50 PA++++. Bukan apa, Melty Glam Foundation Haus Cosmetics ni boleh halang sinaran UVA dan UVB yang boleh menyebabkan bintik hitam, jeragat dan penuaan. So, eloklah pakai. Bolehlah dapat kulit yang awet muda. Tak gitu? Lepas sapu foundation, kalau rasa nak tambah cantik mantul CikYam pakai bedak compact.

Nak tambah gojes, sapu je bedak ni. Dap dap dap dah lawa. Eh!

3. MOISTURE BANK

Selain minum air secukupnya untuk elak kulit kering, spray kulit wajah sangat digalakkan. Macam CikYam, lepas siap bermekap simple, CikYam spray muka menggunakan Birdnest Beauty Elixir Spray dari HAUS Premium. Sangat senang nak kekalkan lembapan kat kulit muka CikYam ni. Dulu kulit CikYam ni kering tau.

Syok giler sembur benda alah ni kat muka.

4. CANTIKKAN BIBIR

Moist rasa bibir bila sapu lipbalm ni.

CikYam memang jaga bibir. Yelah, nak dapat bibir ala-ala Angelina Jolie bukan senang. Lagipun bibir kan pelengkap pada senyuman. So, nak nampak senyuman cantik, kenalah bibir pun cantik dan sihat. Time bekerja dari rumah ni, CikYam tetap pakai lipstick atau sekurang-kurangnya sapu je lipbalm. Lipbalm pilihan CikYam tentulah Magic Lipstick daripada Haus Cosmetics. Kandungan Hexateptide-12 dalam lipbalm ni bantu bibir CikYam lembap sepanjang hari. Wow sangat. Nak tahu detail pasal bibir sihat, boleh klik sini.

5. BERMAIN DENGAN COLOUR!

Warna memang mempengaruhi mood. Betul tak? Kalau nak meeting video sebab bekerja dari rumah ni kan, CikYam memang akan over sikit mekap. Ala bukan tambah apa pun. Tambah lipmatte je. Pilih warna yang onz sikit, terus penampilan jadi wow. Serius. CikYam sapu Matte Creamy Lips dari HAUS Cosmetics yang sangat pigmented dan kemasan matte basah. Warna tahan lama pada bibir. Matte tapi basah? Ya, tekstur lipmatte ni tak sama dengan lipmatte di luar sana. Baru sapu sikit kat bibir, terus cantik walau bekerja dari rumah.

12 warna yang sangat gojes!

TAK SUSAH PUN NAK BERSIAP, KAN?

Amacam tip CikYam ni? Senang je kan? Mudah dan ringkas. Jangan jadikan alasan bekerja dari rumah untuk berpenampilan tak ubah seperti gombal. Tahu tak apa gombal tu? Gombal tu perkataan Indonesia atau Jawa yang bermaksud kain buruk. Janganlah jadi kusam, lembik, tak terurus macam kain buruk. Kita kena hargai diri kita sendiri. Kita bukanlah kena ubah diri, cucuk sana sini untuk cantik. Maksud CikYam, kita kena bersiap, jaga kesihatan dan kecantikan kulit dan segarkan emosi dengan warna ceria. Lalui hidup ketika wabak ini dengan semangat. Walau work from home, kita kena sentiasa bersiap

Love, CikYam

NAK EBOOK RAHSIA WAJAH KEKAL MUDA SECARA PERCUMA?

Umur Dah 40, Tapi Kulit Wajah Macam Anak Dara Remaja

ARTIKEL LAIN

Masukkan Nama, Email & No Phone Anda Di bawah