CARA UNTUK ELAK JERAWAT NAIK DIMUKA : 10 TIPS DARI PAKAR KULIT

Share This Post

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter

Dapatkan kulit sihat dan cantik dengan mudah 

Jerawat pada kulit

                Nak rawat jerawat muka ni ambil masa sedikit terutama untuk mencari penjagaan kulit yang bersesuaian. Pelbagai tip yang boleh dapat dari pakar kulit. Tapi nak mencari yang sesuai untuk kulit muka kita ni yang unik ni sangat payah. Terjadinya masalah pada kulit muka kita ini mungkin disebabkan gaya hidup kita, pemakanan kita, penjagaan kita dan juga genetik kita.

                Tapi cikra nak kongsi sikit tip best untuk mendapat kulit yang licin dan sihat.Jerawat pada kulit

SENTIASA BASUH MUKA SETIAP HARI UNTUK HINDARKAN JERAWAT

Paling penting dalam penjagaan kulit muka kita ni ialah dengan sentiasa membasuh muka kita setiap hari. Ni benda paling asas untuk kulit kita. Ingat! Basuh muka kita!. Basuh muka kita dua kali sehari untuk menghalang terjadinya muka breakout. Kalau penat sangat sampai tak sempat nak basuh muka sekali pun, pastikan tisu basah ada dekat dengan kita. Keadaan ni jadi kalau kita balik lambat, kerja yang penat dan sebagainya. Jadi langkah ini paling selamat , letak je tisu basah dekat almari bedekatan katil. Jadi kita dapat tidur dengan muka yang bersih.

GUNA PENCUCI MUKA YANG BERSESUAIAN

Kalau beli pencuci muka yang umum tak kan bantu pun kita punya masalah kulit ni. Cari pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit muka kita. Tau tak jenis kulit muka kita apa? Sama ada berminyak, kering atau normal. Andai kata muka kita jenis berminyak, cari lah pencuci muka yang mempunyai bahan  salicylic acid, benzoyl peroxide, atau glycolic acid. Kalau jenis kulit sensitif pulak, cari pencuci muka jenis ada asid laktik atau bahan penghidratan seperti gliserin, yang tidak kering seperti yang dibuat untuk jenis berminyak.

Boleh cuba pencuci muka daripada Haus Cosmetics. Ada dua jenis pencuci muka yang dikeluarkan oleh Haus Cosmetics. Kalau nak tau Haus Cosmetics ni ada kilang sendiri tau iaitu GIM Cosmetics Industries Sdn Bhd. Dua jenis pencuci muka tersebut ialah Blood Orange Brightening Scrub Cleanser dan Super Sensitive Beauty Soap. Jum kita tengok lebihan pencuci muka ni.

  •  

    Blood Orange Brightening Scrub Cleanser

BLOOD ORANGE BRIGHTENING SCRUB CLEANSER :

  • Mempercepatkan pengeluaran kolagen
  • Tiada pengelupasan dan kesakitan
  • Mencerahkan kulit dengan pantas
  • Kulit cerah secara natural
  • Mengurangkan kedutan
  • Meratakan tona kulit
  • Menganjalkan kulit
  • Meremajakan kulit

  •  

    Super Sensitive Beauty Soap

SUPER SENSITIVE BEAUTY SOAP

  • Meningkatkan kelembapan dan kelembutan kulit
  • Membantu dalam membekalkan nutrien pada kulit
  • Menjadikan permukaan kulit lebih halus dan licin
  • Membantu mengatasi masalah jerawat
  • Mengurangkan kegatalan pada kulit kering,gatal dan luka
  • Boleh dijadikan sebagai shampoo untuk mengatasi masalah kulit kepala
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

JANGAN TERLEBIH ‘EXFOLIATE’ KULIT MUKA KITA

Kalau kita scrub muka kita selalu atau pakai produk yang ada pengelupasan pada kulit bukan lagi merawat tapi buruk kan lagi keadaan kulit muka kita ni. Jika terlalu kerap kita scrub muka kita, akan terjadinya kemerahan, keradangan, dan iritasi di muka kita. “Pengelupasan jerawat dapat menghilangkan sel-sel kulit yang sihat dan membuat luka terbuka dan risiko yang lebih tinggi untuk parut,” kata Jessica Weiser, MD, dari New York Dermatology Group. ‘Exfloliation’ mesti dibuat dengan berhati-hati dan hanya 2 hingga 3 kali seminggu sahaja. Tapi kalau pakai SC dari Haus Cosmetics tak perlu risau sebab biji biji tu adalah bahan natural dan sangat halus. Tak sakitkan kulit muka kita pun. Cubalah!

KERAP TUKAR TUALA MUKA

Benda wajib kita buat ialah tukar tuala muka kita dengan kerap. Macam
kita pakai buang tisu, tapi kita guna tuala muka lebih jimat. Tuala yang sudah
kerap diguna ni ada banyak bakteria dekat tuala tu. Jadi kita tak nak bakteria
tu letak pada kulit muka kita yang sensitif ni. Bila bakteria tu dah lekat
dekat kulit muka kita ni, maka terhasil lah jerawat baru. Tapi tak bermaksud
kita perlu tukar setiap hari ye, mengikut kajian Dr. Melissa Kanchanapoomi
Levin, ahli dermatologi NYC dan pengajar klinikal NYC di NYU Langone dan
Hospital Mount Sinai bila kita betul-betul bersih basuh muka dan tidak
meninggalkan satu pun solekan dimuka, hanya perlu tukar seminggu sekali je
tuala tersebut.

PELEMBAP

Motis mengatakan pakai pelembap lagi membuatkan jerawat lagi teruk? Mengarut mengarut betul! Kita fikir balik, sebenarnya pelembap ni lah membantu dan merawat kulit kita lebih baik. KIita bimbang akan menjadikan jerawat kita lebih teruk? “Sekiranya permukaan kulit kering dan dehidrasi, kelenjar minyak cenderung untuk mengeluarkan terlalu banyak minyak dan ini boleh menyebabkan jerawat lebih teruk,” kata Dr. Weiser. “Menghidrat permukaan kulit dapat mengimbangi semula kelenjar minyak dan membantu mengawal jerawat dan meningkatkan penyembuhan.” Beliau juga mencadangkan guna pelembap yang berasaskan minyak yang ringan dan tidak menyumbatkan liang pori muka kita.

Baca juga : https://richangels.my/moisturizer-1-kunci-kepada-kulit-glowing/

GUNA SUNSCREEN YANG TIDAK MENYUMBAT LIANG PORI

SPF dalam sunscreen adalah satu keperluan. Tetapi ada beberapa sunscreen yang boleh triger jerawat ni. Carilah sunscreen yang tiada kandungan minyak supaya liang pori tidak tersumbat. Perlu jugak pakai jenis sunscreen yang sesuai dengan jenis kulit muka kita ni.

TIDAK PAKAI MAKEUP BILA BERSENAM

Sebelum bersenam, ambil masa sedikit untuk mencuci segala solekan pada
muka kita. Langkah ini dapat mengurangkan risiko timbulnya jerawat. “Peluh
dikeluarkan melalui liang yang kelihatan di kulit,” kata ahli dermatologi
Dr. Janelle Vega. “Apabila solek menutupi liang-liang itu, halangan itu
tidak membenarkan peluh untuk keluar ke permukaan kulit, yang boleh
mengakibatkan liang tersumbat. Serpihan dan bakteria yang terperangkap adalah
tempat pembiakan yang sempurna untuk benjolan jerawat dan jerawat.”

BASUH MUKA LEPAS BERSENAM

Kenapa kita perlu basuh terus muka lepas bersenam? Lepas bersenam terus
guna ‘exfoliate’ untuk mencuci pori dan juga buang minyak yang berlebihan. Ini
akan menghilangkan apa-apa kotoran yang terselindung semasa merawat kulit anda
dengan asid salisilik yang melawan jerawat. Disarankan sentiasa ada ‘Neutrogena
Rapid Clear Treatment Pads’ dalam beg kita.

JAGA PEMAKANAN

Kat Malaysia ni
makanan sangat heaven ye. Tapi diingatkan, makanan di Malaysia adalah yang
mengandungi minyak yang tinggi. Jadi kita kenalah jaga pemakanan kita. Jangan makan
makanan minyak yang berlebihan. Sebab minyak ni dia boleh bagi masalah
keradangan dan tumbuhnya jerawat di anggota badan kita.

“Sayur-sayuran
berdaun hijau dan buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna cerah yang kaya dengan
antioksidan dan nutrien meredakan keradangan dan meningkatkan kualiti kulit
(kajian menunjukkan pesakit jerawat mempunyai pengeluaran minyak yang lebih
tinggi dan tahap antioksidan yang lebih rendah),” kata Dr Weiser. “Kawal
pengambilan produk tenusu, yang mengandungi hormon dan antibiotik yang akan
menyebabkan jerawat lebih teruk.” Selain daripada itu, telur dan kekacang
juga boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat tersebut.

MINUM AIR KOSONG

Minum air sebanyak 8 gelas sehari. Tapi jangan lah kita ingat bila dah minum banyak air , terus bersih muka kita ni. No no no. Sedikit sebanyak dapat la merawat dalaman kita ni. Air tu lah yang akan membuang sel sel mati dalam badan kita ni. Jadi tak lah teruk sangat macam kopi atau air bergas yang menyumbang pertumbuhan jerawat.

SELALU TUKAR SARUNG BANTAL DAN CADAR

Yang ni jarang sangat kan orang yang buat. Baik mengaku. Tukar kita punya cadar dan sarung bantal tu seminggu sekali dan basuh juga bantal yang kita tidur tu, penuh air liur basi tau. Tu semua tempat membiaknya bakteria ni. Nak kulit cantik kena lah rajin sikit, ye dok?

Ini sahaja perkongsian dari Cikra. Nanti Cikra share tips lain pulak ye. 

Shazzira Zyra

Kalau ada yang berminat dengan produk Haus Cosmetics , boleh la contact dengan Cikra

ORDER DISINI

NAK EBOOK RAHSIA WAJAH KEKAL MUDA SECARA PERCUMA?

Umur Dah 40, Tapi Kulit Wajah Macam Anak Dara Remaja

ARTIKEL LAIN

Masukkan Nama, Email & No Phone Anda Di bawah