Bibir Kering: 1 Langkah Paling Simple Nak Merawatnya

Share This Post

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter

Dalam peribahasa Melayu, ada sebut mengenai bibir yang berbunyi bibir bak delima merekah. Kalau korang pernah tengok, delima merekah tu sebenarnya sangatlah cantik. Sebab apa? Dia punya merah tu memang buat orang geram. Bibir kering akan buat impian memiliki bibir bak delima merekah tu punah ranah.

So kat sini bolehlah kita ibaratkan bahawa bibir seorang wanita tu amatlah cantik kalau ianya merah dan menawan. Kan? Bibir yang kering dan kusam boleh menjejaskan penampilan. Lagipun, suka ke tengok bibir kita kering, menggelupas dan kusam? Tak cantik kan. Bukan setakat tak cantik tapi bibir yang macam tu sebenarnya amat menyakitkan.

Bibir bak delima merekah.

PEDIHNYA BILA BIBIR KERING

Bibir kering.

Cik Yam faham sangat masalah bibir kering ni. Macam mana pedih bila bibir tu mula menggelupas dan terkopek. Tangan lak gatal kejap-kejap nak kutis yang terkopek tu. Bila ditarik, adoiiii! Lepas tu mula la berdarah. Pedih weh. Betul tak? Cik Yam faham bebeno.

Bila bibir kering, nak makan minum pun terganggu. Sebab pedih, kan? Alahai, kesian CikYam tengok. Nak naikkan seri muka pakai lipstick pun tak boleh sebab bibir pedih.

Bibir kering ni boleh buat hilang mood tau. Sebabnya bibir kering boleh menyebabkan kesakitan. Rasa pedih pedih pada bibir menyebabkan kita susah nak makan atau minum. Asal kena makanan je, pedih. Selain tu, bibir yang kering menjejaskan penampilan. Rasa segan nak pakai lipstick kerana bila pakai lipstick bukan makin cantik tapi nampak tak cantik disebabkan oleh bibir yang menggelupas tu.

KENAPA BIBIR KERING?

Korang nak tahu kenapa bibir korang makin lama makin kering? Ini sebabnya perbuatan sendiri iaitu suka naw jilat bibir. Bila bibir kita kering, kita semakin kerap membasahkan bibir dengan cara menjilatnya. Kerap jilat bibir sendiri sebenarnya bukan melembapkan bibir tapi mengeringkan bibir korang.

Bibir juga akan mudah jadi kering bila perubahan cuaca. Cuaca panas sangat, bibir kering. Cuaca sejuk sangat pun, bibir kering. Pastu nak buat macam mana ek? Korang kena faham situasi ni. Bibir kita ni kulitnya nipis sangat. Jadi, terdedah pada cuaca sejuk atau panas, boleh mempengaruhi kelembapan bibir.

Ada juga yang berpendapat, bibir kering adalah disebabkan oleh masalah saluran pencernaan. Bila badan dehidrasi, badan akan tarik air daripada bahagian badan yang lain termasuk bibir. Sebab tu la bibir jadi kering. So, korang kena minum air secukupnya untuk bantu bibir lebih lembap.

Selalu berada dalam ruang yang ada aircond juga boleh menyebabkan bibir kering. So, korang kerja dalam pejabat yang ada aircond tak? Hati-hati, sebab berisiko alami bibir kering.

MACAMA MANA NAK LEMBAPKAN BIBIR SAYA?

Selain minum air secukupnya, korang jangan gatal tangan asyik nak mengopek kulit bibir yang menggelupas tu. Hal itu sebenarnya akan membuatkan bibir bertambah parah. Please ye. Berhenti mengopek kulit bibir tu. Pedih!

Korang juga sangat disarankan melembapkan bibir dengan menggunakan sesuatu di bibir untuk melindungi bibir. Sesuatu itu adalah lipbalm misalnya. Pastikan lipbalm tu bebas bahan kimia berbahaya. Memakai lipbalm yang ada bahan kimia berbahaya makin menyebabkan bibir korang kering, kusam dan bertambah gelap.

LIPBALM HAUS COSMETIC BANTU SELESAIKAN MASALAH BIBIR KERING

Haus Cosmetics ada lipbalm yang sangat bagus untuk bibir. Namanya Magic Lipstick. Kenapa magic? Sebabnya lipbalm ni bertukar warna ikut tahap kelembapan bibir si pemakai. Kalau lepas pakai lipbalm ni bibir korang jadi warna pink pekat, maknanya bibir korang pada tahap kelembapan yang OK. Begitulah sebaliknya.

Magic Lipstick

Kebanyakan Magic Lipstick yang dikeluarkan di pasaran menggunakan satu bahan ni iaitu DYE pewarna R27. Bahan R27 tu murah je regenya. R27 ni adalah bahan yang berfungsi untuk tukar warna lipstik apabila disapu pada bibir. Berita buruknya, R27 ni akan buatkan bibir kita akan menjadi gelap hitam, kering dan merekah.

Nak tahu apa bestnya lipbalm Magic Lipstick Haus Cosmetics ni?

👉Bahan utama dalam Magic Lipstick ni adalah HEXAPEPTIDE 12 (H12). Bahan ni diimport dari Korea. H12 ni adalah active ingredient untuk bantu selesaikan masalah bibir kering, bibir pecah, bibir gelap.

Apa yang best nya tentang HEXAPEPTIDE 12 ni?

Hexapeptide-12 atau H12 ni bantu neutralkan radikal bebas. Bila disapu kat bibir, bahan aktif ni bantu menghalang bibir jadi kering sekali gus bantu rawat bibir kering yang merekah tu. Paling best, H12 bantu hasilkan kolagen pada bibir. Hasilnya bibir korang akan lebih anjal dan kurang gelap. Best tak?

Inilah peneman CikYam kat office. Yelah, office kan aircond sepanjang masa. Memang kerap sapu nak bagi bibir kekal lembap. Tak mahal pun. Cuma RM29 je.

Sapu lipbalm di pejabat.

Nak dapatkan Magic Lipstick by Haus Cosmetics? Klik SINI

Mungkin anda juga akan suka artikel ini

NAK EBOOK RAHSIA WAJAH KEKAL MUDA SECARA PERCUMA?

Umur Dah 40, Tapi Kulit Wajah Macam Anak Dara Remaja

ARTIKEL LAIN

Masukkan Nama, Email & No Phone Anda Di bawah