Ada Kerja Tetap Tapi Buat Bisnes Online, Ini 3 Tip Best Yang Perlu Korang Tahu

Share This Post

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter

Bisnes online adalah sesuatu yang boleh dijadikan sebagai kerja part time. Sebabnya bisnes online sangat mudah nak dibuat. Korang tak perlu fikir banyak sampai nak kena bukak kedai atau sewa kiosk pun. Kedai orang yang buat bisnes online adalah di alam maya saja. Misalnya facebook atau instagram. Free je uols.

Disebabkan itulah, orang yang ada kerja tetap pun sebenarnya sesuai untuk buat bisnes online. Sebabnya ia boleh dibuat selepas waktu bekerja. Jadi tidaklah aktiviti bisnes itu mengganggu jadual rutin kerja korang. Kena pandai bahagi masa.

SIAPA INDIVIDU YANG ADA KERJA TETAP?

Orang yang ada kerja tetap ialah mereka yang menerima gaji tiap bulan daripada majikan. Bayaran dibuat secara mingguan atau bulanan ikut kepada persetujuan kedua-dua belah pihak.

Dalam artikel kali ini, CikYam nak kongsi tip macam mana korang yang ada kerja tetap ni untuk buat bisnes. Korang akan nampak tip ini sangat berguna sebab CikYam sendiri amalkan dalam kehidupan seharian. CikYam adalah orang biasa macam korang juga. CikYam ada kerja tetap dan dalam masa yang sama, CikYam jugak buat bisnes online.

3 CARA ORANG KERJA TETAP NAK BUAT BISNES ONLINE DENGAN MUDAH

Ramai individu yang ada kerja tetap rasa serba salah nak buat bisnes online. Mereka takut bisnes online itu akan mengganggu rutin diorang. Satu lagi, mereka takut tak sempat, takut tak terkejar dan takut kerja akan jadi tak tentu hala bila terjebak buat dua kerja.

Sebenarnya perkataan takut itulah yang akan menutup pintu rezeki dunia bisnes yang sangat luas. Alangkah ruginya kalau korang pupuk rasa takut tu. Alangkah ruginya korang kerana belum pun mencuba, korang dah tutup peluang yang mungkin akan datang melimpah ruah dengan hanya berbisnes online.

CikYam pernah tanya kat mereka ni, “Korang suka duit tak?”

Jawapan mereka semua sama, “Suka.”

Kalau suka duit tapi tak nak buat sesuatu yang boleh menghasilkan duit, macam mana duit nak datang? Ya, memang betul, duit bukan segalanya. Tapi zaman sekarang, segalanya perlukan duit. Bisnes online adalah salah satu cara atau platform yang mudah untuk korang menghasilkan duit secara tak langsung.

Ya, memang kita yang bekerja ini mempunyai masa yang agak terhad untuk membuat bisnes online. Tapi percayalah, siapa pun kita, apa pun status kita, sama ada mak bekerja, student atau surirumah pun, kalau kita tak pandai urus masa, apa pun tak boleh, dik.

Jadi, hari ni izinkan CikYam untuk kongsi cara yang paling best dan proven boleh diamalkan untuk mereka yang ada kerja tetap tapi nak buat bisnes online dalam masa yang sama.

TIP 1: PERUNTUKKAN MASA UNTUK KERJA BISNES

Kita kena cari masa bila kita nak buat aktiviti bisnes ni. Kalau siang kita kerja, jadi malam adalah waktu paling sesuai untuk buat aktiviti bisnes. Apa contoh aktiviti yang perlu kita buat? Nama pun bisnes online. Jadi kita akan banyak fokus pada platform digital misalnya media sosial.

Kita siapkan copywriting pada waktu malam. Taip sesiap dan pos ikut kesesuaian waktu. Kalau korang nak buat aktiviti yang lebih memerlukan peruntukkan masa misalnya photoshoot ke, live di facebook ke, CikYam sarankan korang buat weekend. Sejam, dua jam cukup. Selebihnya utamakan famili.

TIP 2: SIAPKAN KERJA HAKIKI DAN URUS KELUARGA DULU


Sebelum kita nak buat aktiviti bisnes online, pastikan kerja hakiki untuk hari itu sudah disiapkan terlebih dahulu. Jangan pula asyik sangat dengan bisnes online sampai kerja hakiki terganggu. Kita kena bijak asingkan tugas. Kena bijak bahagi masa.

Jangan buat bisnes online sampai mengabaikan kebajikan keluarga. Time makan, kita kena makan. Time layan anak main atau siapkan kerja sekolah, kita kenalah layan. Waktu beri perhatian pada suami, berilah perhatian sebaiknya.

Senang cakap, kita kena bijak curi masa. Misalnya sambil susukan anak, takde salahnya pegang telefon sekejap untuk reply whatsapp prospek. Boleh saja buat macam tu asalkan jangan sampai telefon jatuh atas muka anak, sudahlah.

TIP 3: BUAT JADUAL KEUTAMAAN

Setiap malam, ada satu aktiviti wajib yang kita kena buat. Apa tu? Aktiviti itu ialah tulis selengkapnya dalam diari apa aktiviti yang kita perlu selesaikan untuk hari esok. Syaratnya adalah tulis ikut keutamaan. Tak kisahlah itu aktiviti atas urusan kerja atau urusan bisnes online. Masukkan saja semua aktiviti itu dalam senarai.

Apa bagusnya tulis jadual macam ni untuk orang yang ada kerja tetap tapi nak buat bisnes online? Jadual ini akan memudahkan kita untuk selesai semua urusan tanpa ada terlupa apa-apa. Kalau kita tak buat jadual seperti ini, pasti akan ada urusan yang kita terlupa nak buat. Paling parah bila urusan itu pula adalah urusan yang penting.

tip power bisnes

PANDUAN PILIH PRODUK UNTUK BUAT BISNES ONLINE

PRODUK BERMANFAAT

Sebelum nak mula bisnes online, kita kenalah pilih dulu produk apa yang kita nak jual. Produk yang kita nak jual sebagai bisnes online kita itu hendaklah produk yang boleh bagi manfaat pada orang. Janganlah pilih produk semata-mata viral sebab nak tambah duit poket sahaja tapa fikir produk itu bermanfaat atau memudaratkan pengguna.

Contohnya kalau korang nak jual kosmetik, tolonglah selidik dulu tahap keselamatan produk tersebut. Bukan apa, dibimbangi produk itu bukan produk yang bagus sebaliknya produk kosmetik timbang kilo. Jangan fikir duit sahaja ya. Asalkan viral, popular dan boleh bagi duit kacing-kacing, jual yang ada merkuri pun korang tak kisah. Big no!

PRODUK MUDAH JUAL

Bagi memilih produk untuk bisnes online, CikYam sarankan korang pilihlah produk yang mudah dijual. Bukan apa, produk mudah dijual ini sebenarnya akan memberikan motivasi kepada kita untuk lebih kerap buat jualan. Tidak perlu susah-susah nak promote sangat, orang akan cari kita.

Sudahlah kita baru hendak berjinak-jinak dengan bisnes. Kalau jual sesuatu yang susah nak close, maka motivasi kita akan mudah turun. Lagi bagus kalau produk bisnes online kita itu adalah produk yang kita sendiri suka guna. Jadi lebih seronok kita nak berbisnes.

Misalnya kosmetik. Tiap-tiap hari CikYam pergi kerja CikYam akan pakai kosmetik kat muka. Jadi, lebih senang CikYam nak berbisnes dengan menjual kosmetik sebab tiap hari guna produk tersebut.

BISNES ONLINE PRODUK MUSLIM

Nasihat CikYam, apa kata kita utamakan produk Muslim dan diyakini halal. Kita kena fikir ekonomi masyarakat Muslim untuk kita perjuangan agama kita jugak kan? Siapa lagi nak bantu orang Islam kalau bukan orang Islam sendiri. Macam CikYam, CikYam pilih Haus Cosmetics sebab diusahakan oleh Muslim dan 100 peratus staff di kilang adalah Islam. CikYam kenal ownernya, tahu kilangnya kat mana dan yakin dengan perjuangannya.

DAH READY NAK BUAT BISNES ONLINE? Risik kat CikYam, insya-Allah CikYam boleh bantu. Klik SINI.

NAK EBOOK RAHSIA WAJAH KEKAL MUDA SECARA PERCUMA?

Umur Dah 40, Tapi Kulit Wajah Macam Anak Dara Remaja

ARTIKEL LAIN

Masukkan Nama, Email & No Phone Anda Di bawah