5 Jenis Kerja Part Time Dari Rumah. Suri Rumah Wajib Cuba!

kerja part time dari rumah

Share This Post

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter

kerja part time dari rumah

Betul ke kerja part time ni sesuai untuk suri rumah je? Siapa kata? Semua orang kalau diberi peluang dan masa mesti nak buat kerja part time kan? Nak tambah pendapatan. Yelah dengan keadaan ekonomi sekarang, samada tak cukup atau cukup cukup makan jer. Jadi bila ada peluang buat kerja part time nie sikit sebanyak dapat membantu ekonomi sendiri atau rumahtangga. Betul?

Sekarang banyak kerja part time dari rumah yang boleh dibuat, cuma ramai yang mencari kerja yang kurang risiko atau modal. Lagi bagus kalau pekerjaan tersebut tidak perlu keluar dan hanya boleh buat di rumah sahaja.

Tak kira lah korang suri rumah, student, atau dah ada kerja hakiki sekalipun. Kalau korang ada peluang untuk buat kerja part time tak ada masalah untuk korang cuba. Kat sini KakHani nak kongsikan 5 Jenis Kerja Part Time yang korang boleh buat dari rumah jer.

5 JENIS KERJA PART TIME DARI RUMAH

  • DATA ENTRY ( KERJA MEMASUKKAN DATA)

Antara kerja yang boleh dilakukan dari rumah. Apa yang korang perlukan cuma computer atau laptop. Biasanya kerja data entry ni di tawarkan oleh syarikat gergasi seperti syarikat telekomunikasi, agensi insurans dan sebagainya kerana mereka mempunyai rekod pengguna yang banyak.

Kebiasaannya bayaran untuk kerja memasukkan data ini mengikut jam ataupun mengikut jumlah data yang berjaya dimasukkan dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan.

  • TRANSCRIBE (KERJA MENYALIN SEMULA)

Kerja transcribe ini lebih kurang dengan kerja data entry, cuma transcribe memerlukan kita untuk menyalin semula sesuatu dokumen atau audio speech dalam bentuk teks. Kita perlu dengar ucapan mereka satu persatu dan menyalin semula dan perbaiki tatabahasa sekiranya perlu.

Kerja transcribe juga bayaran mengikut jam atau tahap kesukaran tugas yang diterima dan bilangan patah perkataan. Nampaknya kemahiran mendengar dan tatabahasa sangat diperlukan untuk tugasan ini ya.

  • DESIGNER (PEREKA GRAFIK)

Kerja hanya didepan komputer dan memerlukan kreativiti sahaja. Pekerjaan ini boleh buat hanya dari rumah, dan sebagai designer juga boleh mendapat bayaran paling minima RM100! Wow! Boleh tahan kan?

Pekerjaan ini memerlukan kemahiran menggunakan applikasi editing tertentu. Tapi kalau korang tak tahu, boleh belajar dan bermula dengan aplikasi mudah iaitu Photoshop.

Bayaran untuk designer juga bergantung pada design dan projek yang diberi. Kebiasaannya makin susah design tersebut makin mahal bayarannya.

  • PENULIS

Korang minat menulis? Sekiranya korang minat menulis dan ada kemahiran dalam penulisan, ini antara kerja part time yang korang boleh pertimbangkan. Korang boleh buat kerja part time dengan menulis rencana, blog, artikel bagi syarikat yang mungkin memerlukan khidmat seperti ini. Korang juga boleh buat resume atau cover letter untuk sedikit bayaran. Biasa nya untuk student yang baru graduate lah.

Ada jugak company yang menawarkan kerja sebagai proofreading dan editing. Iaitu dengan hanya membaca semula teks yang sudah siap dan hanya perlu perbetulkan tatabahasa dan ejaan supaya nampak lebih kemas.

Bayaran juga bergantung kepada berapa patah perkataan yang ditulis. Juga bergantung pada teknikal dan mendalamnya sesuatu subjek yang ditulis. Anggaran RM5-RM10 untuk setiap artikel yang panjangnya 300-400 perkataan. Amacam? Nak jadi penulis?

  • PENTERJEMAH

Untuk yang berminat part time sebagai penterjemah. Korang perlu mahir dan menguasai bahasa tertentu dan paling penting penguasaan tatabahasa. Kadang kala ada Syarikat gergasi biasanya memerlukan penterjemah untuk menterjemahkan dokumen dokumen dari negara asing yang menggunakan bahasa ibunda mereka dan memerlukan penggunaan bahasa dan tatabahasa yang tepat.

Golongan ini perlu menjadikan kamus bahasa sebagai teman hidup supaya dapat menjadi penterjemah yang mahir dan berkaliber.

Bayaran bagi seorang penterjemah jugak kebiasaanya bergantung pada berapa patah perkataan. Anggaran bayaran RM5 untuk setiap 200-300 patah perkataan yang diterjemah.

DIMANA BOLEH CARI KERJA PART TIME NIE?

part time job

Korang  boleh cari di ruang permohonan kerja seperti di Mudah.my, Jobstreet dan boleh juga google dengan menggunakan keyword yang berkaitan. Pasti nanti akan keluar beberapa cadangan dan peluang untuk anda.

Cuma untuk pekerjaan secara part time nie anda dinasihatkan lebih berhati hati kerana kadang kala terdapat juga penipuan dari pihak yang tidak bertanggungjawab. Teliti terlebih dahulu syarikat yang menawarkan kerja part time nie.

Ada juga yang meminta korang bayar sejumlah wang sebelum mulakan sesuatu tugas. Yang ini pun korang perlu berhati hati. Baca dulu terma dan syarat sekiranya ada disediakan.

Tak kisah lah kerja apa yang korang pilih untuk buat, pastikan korang tak mengabaikan kerja hakiki dan jugak dapat menguruskan masa dengan baik. Yang penting jangan lupa jaga kesihatan ye.

Kalau nak cari kerja part time yang mudah dan kurang risiko klik sini.

NAK EBOOK RAHSIA WAJAH KEKAL MUDA SECARA PERCUMA?

Umur Dah 40, Tapi Kulit Wajah Macam Anak Dara Remaja

ARTIKEL LAIN

Masukkan Nama, Email & No Phone Anda Di bawah